Peguam veteran antara 2 maut dalam kebakaran firma guaman

Peguam veteran antara 2 maut dalam kebakaran firma guaman

Jabatan bomba dan penyelamat pada awalnya memaklumkan dua individu dipercayai terperangkap dalam bangunan ketika kebakaran berlaku.

kebakaran rumah kedai penang jbpm pic 13426
Jabatan bomba dan penyelamat memaklumkan kebakaran tersebut melibatkan pejabat firma berkenaan dan memusnahkan kira-kira 70% daripada bangunan dua tingkat itu. (Gambar JBPM)
GEORGE TOWN:
Dua individu termasuk seorang peguam veteran maut dalam kebakaran di sebuah firma guaman di King Street, di sini, hari ini.

Jabatan bomba dan penyelamat memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.14 tengah hari, dengan kebakaran itu memusnahkan kira-kira 70% bangunan dua tingkat berkenaan.

Pada peringkat awal, jabatan itu menyatakan dua mangsa dipercayai terperangkap dalam bangunan tersebut.

Timbalan pengerusi Lembaga Rayuan Perancangan Pulau Pinang, Malkit Singh memberitahu FMT bahawa G San Markan, 88, seorang peguam veteran dan ahli Majlis Peguam Malaysia, terkorban dalam kejadian itu.

San Markan juga ahli lembaga tersebut.

Seorang lagi mangsa dilaporkan pembantu pejabat wanita berusia lingkungan 50-an.

FMT telah menghubungi jabatan bomba dan penyelamat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.