
Menurut beliau, kepimpinan parti tidak akan melayan cadangan daripada bahagian yang lemah, walaupun disertakan dengan sokongan atau cadangan tertentu.
“Keahlian mesti bertambah, program mesti dipertingkatkan. Saya mahu jelaskan – kita hanya akan pertimbangkan kawasan yang menunjukkan peningkatan dari segi jentera, keahlian dan aktiviti.
“Jika tidak, walaupun jawatankuasa pilihan raya mencadangkannya, saya akan tolak,” katanya ketika berucap di Konvensyen PKR Terengganu hari ini.
Anwar yang juga perdana ,enteri berkata, memberi keutamaan kepada bahagian yang kukuh adalah lebih baik daripada menghabiskan tenaga membantu cabang tiada ahli, lemah, bermasalah dan tidak menunjukkan hasil.
“Mesej saya jelas, bukan? Ada cara untuk menang. Untuk kalah itu lebih mudah,” katanya.
Namun begitu, beliau menyatakan keyakinan bahawa momentum PKR di Terengganu kini semakin bertambah baik.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022, PKR memenangi 31 kerusi, menurun berbanding 47 kerusi pada tahun 2018.
Parti itu juga tewas di beberapa kawasan penting susulan fenomena “gelombang hijau” yang memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional, khususnya di negeri-negeri majoriti Melayu.