Lelaki OKU maut dipukul, ditinggal tepi jalan

Lelaki OKU maut dipukul, ditinggal tepi jalan

Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal meninggal dunia ketika dirawat di Zon Merah HPUSM Kubang Kerian, tengah malam tadi.

garisan polis police line
Ketua Polis Bachok Mohamad Ismail Jamaluddin yang mengesahkan kejadian itu berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dipercayai akibat dipukul sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Bachok, Kelantan.

Mangsa Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, meninggal dunia ketika dirawat di Zon Merah Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian, tengah malam tadi.

Menurut Harian Metro, mangsa yang mengalami kecederaan parah ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan oleh penduduk kampung pada pagi semalam sebelum dibawa ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Bachok Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.