Suspek kes bunuh Nurfisya akan didakwa esok

Suspek kes bunuh Nurfisya akan didakwa esok

Suspek sebelum ini direman selepas mayat penuntut kolej berusia 19 tahun itu ditemukan dengan 61 tikaman di seluruh badannya di Ketereh.

bunuh pelajar kolej ketereh
Seorang suspek yang sebelum ini direman berhubung kes pembunuhan Nurfisya Zulkipli akan didakwa di mahkamah esok, manakala seorang lagi suspek dibebaskan dengan jaminan polis. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang suspek remaja lelaki yang sebelum ini ditahan reman berhubung kematian penuntut kolej Nurfisya Zulkipli, yang ditemukan dengan 61 tikaman di Ketereh, Kelantan, akan didakwa esok.

Ketua Polis Kelantan Yusoff Mamat mengesahkan seorang suspek akan didakwa di mahkamah esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Berita Harian.

Seorang lagi suspek yang sebelum ini turut direman dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam kejadian 1 Mei lepas, mayat Nurfisya ditemukan di Kampung Padang Simah dengan 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.

Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditemui di lokasi itu.

Susulan kejadian itu, polis menahan reman empat individu, termasuk dua warga emas yang juga ibu bapa kepada salah seorang suspek, namun pasangan itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.