Lelaki warga asing ditahan kes sembunyi kelahiran, kematian bayi

Lelaki warga asing ditahan kes sembunyi kelahiran, kematian bayi

Suspek ditahan selepas seorang wanita dapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban akibat pendarahan serta komplikasi lahirkan anak.

baby bayi
Ketua Polis Nilai Johari Yahya berkata bayi lelaki itu dilaporkan meninggal dunia di sebuah rumah di Labu pada 3 April lepas sebelum dikebumikan.
SEREMBAN:
Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan kes menyembunyikan kelahiran bayi lelaki yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah rumah di Labu pada 3 April lepas.

Ketua Polis Nilai Johari Yahya berkata lelaki berusia awal 30-an itu ditahan susulan laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Ja’afar yang memaklumkan seorang wanita warga asing mendapatkan rawatan akibat pendarahan serta komplikasi kesihatan di hospital itu pada pagi semalam.

“Hasil maklumat awal mendapati wanita itu berusia 39 tahun dipercayai melahirkan anak kembar di rumah tanpa bantuan perubatan. Seorang bayi dilaporkan meninggal dunia selepas dilahirkan sebelum mayat bayi itu ditanam.

“Polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan seterusnya menggali semula kubur bayi itu untuk siasatan lanjut sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.