
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Daud berkata, ketetapan itu bagi memastikan hanya pihak yang layak serta mendapat kelulusan Maik menjalankan kutipan.
Tambahnya, individu atau organisasi yang tidak berdaftar sebagai amil Maik tidak dibenarkan mengutip zakat dan semua kutipan perlu diserahkan kepada majlis itu mengikut mekanisme ditetapkan.
“Sebahagian kutipan akan diperuntukkan kepada amil, manakala baki akan diaudit sebelum diagihkan kepada golongan asnaf yang layak,” katanya kepada pemberita selepas sidang DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, lapor Bernama.
Beliau berkata, kutipan sumbangan orang awam oleh NGO tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Maik, namun beliau menasihatkan semua pihak supaya memastikan agihan dilakukan secara telus dan beramanah.
Sebelum ini, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga individu termasuk timbalan pengerusi sebuah NGO kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.