Perpustakaan Negara perkenal 2 inisiatif tempahan dalam talian

Perpustakaan Negara perkenal 2 inisiatif tempahan dalam talian

Inisiatif Quickbook2U@PNM dan QuickKarel mudahkan orang ramai buat tempahan buku dan ruang dengan lebih pantas dan efisien.

Menerusi Quickbook2U@PNM, pengguna boleh tempah buku secara dalam talian tanpa perlu hadir ke perpustakaan.
PUTRAJAYA:
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkenalkan dua inisiatif perkhidmatan digital, iaitu sistem Quickbook2U@PNM dan Sistem Pengurusan Tempahan Ruang Sewaan (QuickKarel).

Dalam kenyataan hari ini, KPN memaklumkan, inisiatif itu diperkenalkan selaras dengan aspirasi kerajaan Madani yang menekankan usaha memudahkan urusan rakyat, pembudayaan ilmu serta meningkatkan akses kepada bahan bacaan dan kemudahan perpustakaan.

Menurut kenyataan itu, Quickbook2U@PNM membolehkan pengguna menempah buku secara dalam talian tanpa perlu hadir ke perpustakaan secara fizikal.

Melalui sistem berkenaan, pengguna boleh mengakses koleksi bahan bacaan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, di samping menikmati kemudahan penghantaran terus ke lokasi mereka.

QuickKarel pula ialah platform digital yang memudahkan orang ramai membuat tempahan ruang sewaan secara dalam talian dengan lebih pantas, sistematik dan efisien.

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata, kedua-dua sistem itu mencerminkan komitmen berterusan KPN dalam memodenkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, selaras dengan hasrat membudayakan inovasi digital serta memperluas akses kepada ilmu dan kemudahan perpustakaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.