
Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia hari ini, tegasnya, tiga komitmen utama kerajaan dalam usaha mencapai aspirasi itu, termasuk memperkasakan perpustakaan desa dan komuniti sebagai hab ilmu.
“Interaksi sosial dan pembangunan masyarakat setempat serta melipatgandakan agenda pendigitalan perpustakaan, selaras perkembangan teknologi dan keperluan generasi masa kini.
“(Selain itu), memperkukuh industri buku dan penerbitan negara, termasuk menyokong ekosistem penulisan, penerbitan dan pengedaran bahan bacaan berkualiti,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau berkata, Perpustakaan Negara yang juga agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara ialah agensi peneraju dalam usaha menggalakkan budaya membaca dalam negara.
“Plato ada berkata, ‘Books give a soul to the universe, wings to the mind, flight to the imagination, and life to everything’.
“Selamat Menyambut Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira usia daripada kanak-kanak hingga dewasa.”