
Reman sehingga 29 April itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh N Sivashangari terhadap suspek berusia lingkungan 40-an.
Kosmo memetik sumber sebagai berkata, suspek telah ditahan pada 12.20 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2024 sehingga 2025 dan menerima wang rasuah secara tunai dan secara bulanan antara RM25 hingga RM200.
“Suspek dipercayai telah mengugut pekerja-pekerja warga asing terbabit dengan tidak menyokong serta tidak memberi kebenaran bekerja lebih masa sekiranya permintaannya tidak dipenuhi,” katanya laporan itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie mengesahkan penahanan tersebut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.