
Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan dua kereta pada 11.30 malam Ahad.
Menurutnya, siasatan awal mendapati Perodua Myvi hitam dipandu lelaki asing itu melawan arus kira-kira 500m sebelum bertembung Proton Saga putih dipandu lelaki tempatan.
“Kita syaki pemandu warga China berusia 50-an itu memandu di bawah pengaruh alkohol dan polis sedang mengesan warisnya,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, suspek yang mengalami luka kecil di muka itu ditahan di wad Hospital Sultan Abdul Halim, manakala lelaki tempatan terbabit tidak cedera.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 dan 45 (C) 6 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana enggan memberi sampel nafas atau darah ketika diminta anggota polis.