James Chai tiba di ibu pejabat SPRM

James Chai tiba di ibu pejabat SPRM

Bekas pembantu bekas menteri ekonomi itu dipanggil untuk bantu siasatan selepas dicari SPRM pada Mac lalu.

James Chai
Kereta Proton Persona putih yang dinaiki James Chai dilihat masuk ke ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 9.59 pagi tadi.
PUTRAJAYA:
James Chai, bekas pembantu Rafizi Ramli, tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

Chai, yang tiba kira-kira 9.59 pagi, terus memasuki ibu pejabat itu dengan menaiki sebuah Proton Persona putih.

SPRM sebelum ini mengeluarkan notis carian awam terhadap Chai atau nama penuhnya Chai Jin Shern dan menawarkan untuk menanggung kos perjalanannya dari United Kingdom, tempat beliau kini bekerja.

Notis yang dikeluarkan pada 4 Mac itu tidak menyatakan sebab beliau dicari.

Bagaimanapun, ia dibuat susulan siasatan terhadap dakwaan salah laku berkaitan perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan syarikat pembuat cip Arm Holdings yang ditandatangani pada Mac tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.