Penjawat awam rugi RM38,090 angkara harumanis

Penjawat awam rugi RM38,090 angkara harumanis

Polis berkata sindiket memindahkan wang daripada akaun bank mangsa sebanyak tujuh kali ke tiga akaun berbeza.

scam
Polis berkata mangsa terlihat iklan jualan mangga harumanis di Facebook sebelum menghubungi nombor tertera dan menekan pautan diberikan untuk mengisi maklumat perbankan.
PETALING JAYA:
Seorang penjawat awam kerugian RM38,090 akibat terpedaya sindiket penipuan mangga harumanis.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata mangsa berusia 54 tahun membuat laporan kira-kira 11 malam tadi mendakwa terlihat iklan jualan mangga itu di Facebook sebelum menghubungi nombor tertera.

Menurutnya, mangsa kemudian menekan pautan diberikan dan mengisi maklumat perbankan, termasuk nombor akaun, kata kunci dan nombor di belakang kad banknya.

“Selepas mengisi butiran peribadi itu, mangsa mendapati terdapat pemotongan wang dari akaun banknya sebanyak tujuh kali. Wang berkenaan dimasukkan ke tiga akaun bank berbeza hingga mangsa kerugian RM38,090,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, mangsa yang menyedari ditipu sindiket penipuan pembelian harumanis itu membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehingga hari ini, katanya, IPD Kuala Terengganu menerima empat kes penipuan pembelian mangga itu dalam talian membabitkan kerugian kira-kira RM70,000.

Jelasnya, sindiket menggunakan kaedah menekan pautan untuk menjerat mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.