Seludup ubat RM5.4 juta, warga China ditahan di KLIA

Seludup ubat RM5.4 juta, warga China ditahan di KLIA

Hasil pemeriksaan lanjut menemui 8,840 unit ubat suntikan dipercayai mengandungi racun terkawal Tirzepatide bagi rawatan diabetes dan obesiti.

Seludup ubat RM5.4 juta (Gambar AKPS KLIA) 28426
Sebanyak 8,840 unit ubat suntikan disyaki tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan ditemui dalam bagasi warga China itu. (Gambar AKPS KLIA)
PETALING JAYA:
Seorang warga China ditahan menyeludup ubat tidak berdaftar dan racun terkawal berjumlah RM5.4 juta di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) KLIA berkata, pihak berkuasa memeriksa bagasi seorang penumpang wanita baru tiba dari Bangladesh pada 5.30 pagi dan menemui ribuan kotak ubat suntikan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan lanjut oleh pegawai penguatkuasa farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) menemui 8,840 unit ubat suntikan yang disyaki tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) KKM.

“Ubat tersebut turut dipercayai mengandungi racun terkawal jenis Tirzepatide yang digunakan bagi rawatan diabetes dan obesiti serta tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952,” katanya menurut Sinar Harian.

Ia berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952 kerana mengimport racun tanpa lesen sah.

“Penggunaan ubat tidak berdaftar khususnya mengandungi racun terkawal seperti Tirzepatide tanpa pengawasan pengamal perubatan berdaftar boleh mendatangkan risiko kesihatan serius serta kesan sampingan memudaratkan nyawa.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.