Lelaki pukul isteri hingga gugur direman 7 hari

Lelaki pukul isteri hingga gugur direman 7 hari

Sebelum ini, media melaporkan seorang penjawat awam 39 tahun cedera dipukul suaminya sehingga kandungannya gugur, selain turut cedera di tangan, patah jari kiri dan lebam pada muka.

Rosmaini Abd Raof bernama pic 29426
Permohonan reman terhadap suspek berusia 43 tahun dikeluarkan Majistret Mohammad Azlan Basri mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Lelaki yang ditahan kerana dipercayai memukul isterinya sehingga mengalami keguguran di Ambangan Heights, Sungai Petani, Khamis lalu, direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Harian Metro melaporkan permohonan reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohammad Azlan Basri mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penjawat awam berusia 39 tahun cedera dipukul suaminya sehingga kandungan berusia 12 minggu gugur, selain turut cedera di tangan, patah jari kiri dan lebam pada muka.

Susulan itu, polis menahan suspek di sekitar Alor Setar semalam.

Suspek dikatakan lelaki sama yang disabitkan kesalahan memukul isterinya, Jahidah Nordin sehingga koma di Johor Bahru pada 2021.

Jahidah yang juga hamil dilaporkan dipukul suaminya di sebuah pangsapuri di Larkin, Johor sehingga parah, termasuk mengalami pendarahan otak sehingga sebahagian tengkoraknya terpaksa dibuang, selain rahang, tulang belakang dan rusuk retak.

Jahidah yang kini berusia 48 tahun masih terlantar dan menerima rawatan berpanjangan, walaupun selamat melahirkan bayi lelaki pada November 2021.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.