
Remannya sebelum ini tamat semalam dan polis menahannya semula sehingga esok.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kertas siasatan akan diserahkan kepada pendakwa raya esok pagi.
“Setakat ini, 12 saksi telah diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan.
Siasatan awal mendapati pegawai tentera berusia 31 tahun itu memandu di lorong bertentangan lebuh raya pada 23 April lalu dan bertembung sebuah kereta lain yang dipandu seorang pemandu e-panggilan berusia 41 tahun.
Kereta itu membawa pasangan Bangladesh yang berada di Malaysia untuk bercuti. Suaminya, yang dipercayai pempengaruh permainan video, maut dalam nahas berkenaan.
Isterinya pula cedera dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Ujian pernafasan mendapati paras alkohol dalam darah pegawai itu melebihi had dibenarkan, walaupun ujian air kencingnya menunjukkan negatif dadah.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.