Pasangan warga emas maut nahas di Ipoh

Pasangan warga emas maut nahas di Ipoh

Seorang lelaki berusia 63 tahun yang tersepit di bahagian pemandu Proton Persona cedera pada tangan dan kaki.

kemalangan maut
Keadaan Proton Persona selepas terbabit kemalangan di Batu 5 Jalan Maharajalela dekat Teluk Intan petang tadi. (Gambar JBPM)
IPOH:
Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Batu 5 Jalan Maharajalela dekat Teluk Intan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pasangan berusia 70 tahun itu meninggal dunia di lokasi akibat tersepit dalam Toyota Vios dinaiki mereka dalam kemalangan 2.40 petang tadi.

“Jentera tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan dua kereta, iaitu Proton Persona dan Toyota Vios dan terdapat tiga mangsa tersepit.

“Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, seorang lagi lelaki berusia 63 tahun yang tersepit di bahagian pemandu Proton Persona cedera pada tangan dan kaki.

Mangsa cedera diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan, manakala mayat dua mangsa korban diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.