Suriani Ahmad dilantik KSU KKDW

Suriani Ahmad dilantik KSU KKDW

Beliau pernah menyandang jawatan KSU di beberapa kementerian sebelum ini termasuk KPWKM.

suriani ahmad
Suriani Ahmad berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) daripada USM dan Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Strategi dan Diplomasi daripada UKM.
KUALA LUMPUR:
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Shamsul Azri Abu Bakar merakamkan ucapan tahniah kepada Suriani Ahmad yang dilantik sebagai ketua setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Shamsul Azri berkata beliau yakin dengan kompetensi dan pengalaman yang dimiliki oleh Suriani.

“Beliau mampu memacu kecemerlangan KKDW dalam pembangunan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar berteraskan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam untuk mencapai aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Shamsul Azri berkata Suriani, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), Universiti Sains Malaysia (USM) serta Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Strategi dan Diplomasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau berkata Suriani berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan, dasar awam dan hubungan antarabangsa, selain pernah menyandang beberapa jawatan penting.

Antaranya sebagai KSU di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; serta Kementerian Kesihatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.