1 lagi kumpulan anjur himpunan ‘Daulat Tuanku’ di Shah Alam Sabtu ini

1 lagi kumpulan anjur himpunan ‘Daulat Tuanku’ di Shah Alam Sabtu ini

Sebelum ini, Pemuda PAS Selangor umum anjuran himpunan tampil mesej sama di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Zai Mustafa 'Himpunan Daulat Tuanku' di Shah Alam 13526
Zai Mustafa bercakap pada sidang media penganjuran ‘Himpunan Daulat Tuanku’ di Shah Alam, Sabtu ini.
SHAH ALAM:
Satu lagi kumpulan akan menganjurkan himpunan ‘Daulat Tuanku’ di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, Sabtu ini, selepas rancangan sama diumumkan Pemuda PAS negeri sebelum ini.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Zai Mustafa berkata himpunan itu akan disertai gabungan 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ia sebagai tanda solidariti untuk mempertahankan institusi diraja susulan kontroversi berkait titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penternakan babi,” katanya pada sidang media.

Sebelum ini, Pemuda PAS Selangor mengumumkan akan menganjurkan ‘Himpunan Daulat Tuanku” di Bangunan SUK di Shah Alam, Selangor.

Ketuanya Sukri Omar dipetik berkata himpunan itu dianjurkan susulan beberapa tindakan dan kenyataan pemimpin DAP yang didakwa tidak menghormati kedaulatan institusi diraja di negeri itu.

Sementara itu, Zai turut menggesa pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutama dari DAP memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan kontroversi penternakan babi.

“Tindakan berdolak-dalih mencari ruang menggunakan alasan ‘kawasan baharu’ dan ‘teknologi tinggi’ adalah satu kebiadaban,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.