Ketua pembangkang P Pinang dikejar ke hospital ketika sidang DUN

Ketua pembangkang P Pinang dikejar ke hospital ketika sidang DUN

Adun Sungai Dua Muhammad Fauzi Yusoff dilaporkan mengalami tekanan darah tinggi.

Fauzi Yusoff
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff dilaporkan stabil. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff dikejarkan ke hospital selepas tiba-tiba mengalami tekanan darah tinggi ketika menghadiri persidangan, hari ini.

Adun Sungai Dua itu pada mulanya dilaporkan dalam keadaan baik, namun mula berasa lemah kira-kira 12.30 tengah hari sebelum menerima rawatan awal daripada petugas perubatan di lokasi persidangan.

Susulan kejadian, Fauzi dibawa dengan ambulans ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut di unit kecemasan, lapor Berita Harian.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Hafiz Alias, berkata keadaan Fauzi dilaporkan stabil dan masih sedar.

“Beliau kini berada bawah pemantauan rapi di unit kecemasan hospital. Bacaan tekanan darahnya juga telah menurun selepas menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, sebelum kejadian Fauzi dalam keadaan sihat sepanjang sesi pagi persidangan DUN berlangsung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.