
Sinar Harian melaporkan Tsen Vui Kiong, 51, mengaku bersalah di depan Majistret Nur Hamizah Mat Shah, yang turut memerintahkan hukuman penjara lapan bulan, jika gagal membayar denda.
Tertuduh didakwa memuat naik satu hantaran menggunakan laman profil ‘Jimmy Tsen’ di Facebook yang dibaca Khairull Fadzillah Bakar, 45, di Taman Selasih, Kulim pada 6 Feb lalu.
Hantaran itu yang mengandungi perkataan dan gambar kartun, didakwa dilakukan dengan niat untuk melukakan perasaan umat Islam.
Dia didaka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Hairul Alif Hairul Azam memohon hukuman denda paling ringan kerana tertuduh tidak bekerja dan mempunyai ibu bapa sudah tua.
Timbalan Pendakwa Raya, R Jayasri memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal supaya tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama dan sebagai mesej kepada masyarakat untuk tidak menghina agama lain.