LRT Laluan Kelana Jaya alami kelewatan akibat gangguan teknikal

LRT Laluan Kelana Jaya alami kelewatan akibat gangguan teknikal

Rapid KL berkata ia berpunca daripada kerosakan komponen sebuah tren yang menyebabkan ia tidak dapat bergerak.

lrt kelana jaya
Rapid KL menasihatkan penumpang menggunakan laluan alternatif bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, seperti Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan pagi ini akibat gangguan teknikal disebabkan kerosakan komponen sebuah tren yang menyebabkan ia tidak dapat bergerak.

Rapid KL berkata, waktu menunggu penumpang di platform, khasnya di stesen Ara Damansara dan Kelana Jaya dijangka lebih lama.

“Penumpang dinasihat menggunakan laluan alternatif bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, seperti Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya.

“Pasukan teknikal kini berada di lokasi untuk menjalankan kerja baik pulih bagi memulihkan operasi secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Susulan itu, Rapid KL mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara bagi membantu pengguna meneruskan perjalanan mereka.

Menurutnya, anggota polis bantuan dan petugas turut ditempatkan di platform serta ruang legar stesen bagi membantu penumpang, dengan pengumuman berkala jadual perjalanan tren turut dibuat di stesen.

Ia menyarankan penumpang merujuk laman media sosial Rapid KL atau aplikasi perjalanan MyRapid PULSE untuk status terkini perkhidmatan Laluan LRT Kelana Jaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.