
Majistret Nur Liyana Md Zukri mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 42 tahun itu di Mahkamah Majistret Besut, lapor Bernama.
Langkah itu diambil bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Dilaporkan semalam, guru sekolah menengah itu ditahan kira-kira 3 petang, susulan laporan polis yang dibuat oleh dua pelajar, menurut Ketua Polis Besut Mohd Rozaime Ab Rahman. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit.
Isu guru lelaki didakwa mencabul pelajar lelaki di Besut itu tular selepas seorang pemilik akaun Facebook memuat naik hantaran mengenai perkara itu sejak beberapa hari lepas.