PAS Johor melangkah selaras ketepatan PAS Pusat

PAS Johor melangkah selaras ketepatan PAS Pusat

PAS telah memulakan persiapan awal serta menggerakkan seluruh jentera parti di semua peringkat.

PAS telah mengerakkan jentera di semua peringkat bagi menghadapi PRN Johor. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
PAS Johor akan melangkah ke PRN selaras dengan ketetapan PAS Pusat, kata pesuruhjaya negeri selepas pembubaran DUN hari ini.
Mahfodz Mohamed.

Menurut Mahfodz Mohamed, PAS telah memulakan persiapan awal serta menggerakkan seluruh jentera parti di semua peringkat bagi menghadapi PRN, yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.

“PAS Johor juga akan melangkah ke medan PRN Johor ke-16 selaras dengan ketetapan yang diputuskan oleh PAS Pusat,” menurut kenyataan.

Terdahulu, Pengerusi PN Johor Sahruddin Jamal mengumumkan parti-parti komponen tiada masalah dan akan bergerak bersama-sama, di sebalik pergeseran antara PAS dan Bersatu, mutakhir ini.

Presiden PAS Hadi Awang sebelum ini mengumumkan PAS akan menilai kerjasama dengan Bersatu, bersekali amaran bahawa kesabaran ‘ada batas’.

Pengumuman itu setelah PAS “mengkaji satu persatu tindakan Bersatu”, mengambil contoh situasi politik di Negeri Sembilan dan Perlis, serta pendirian berkenaan usaha membawa masuk parti tertentu ke dalam PN.

Pada PRN kelak, PN akan mempertahankan tiga kerusi, manakala BN 40 kerusi, PH 12 kerusi, dan Muda satu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.