
Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, berkata selama 68 tahun penubuhannya, TUDM terus kekal sebagai benteng utama pertahanan ruang udara negara dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
“Di sebalik kekuatan pertahanan negara, saya juga amat menghargai peranan TUDM yang sentiasa tampil membantu rakyat dalam pelbagai situasi. Dalam urusan pengurusan bencana dan operasi pembenihan awan (OPA) yang saya sendiri ikuti.
“Daripada juruterbang, kru udara, jurutera, juruteknik hinggalah anggota sokongan di darat, setiap daripada mereka memainkan peranan penting dalam memastikan setiap misi dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan selamat,” katanya di Facebook sempena Ulang Tahun TUDM Ke-68 hari ini.
Zahid turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga TUDM termasuk veteran yang banyak mencurahkan bakti kepada negara.
“Saya mendoakan semoga TUDM terus melakar kejayaan dan terus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
“Kuasa Udara, Perisai Negara,” katanya.