Padang futsal di tengah belukar Sabah curi tumpuan

Padang futsal di tengah belukar Sabah curi tumpuan

Orang kampung atau murid perlu berjalan kaki mengharungi jalan berbukit-bukau selama 15 minit untuk sampai ke padang futsal.

Sabah,-sekolah,-tular,-laman-sosia
fmt-ohsem-inside-article1Sekeping gambar foto padang futsal yang dikelilingi kehijauan semula jadi hutan belukar di Sabah menjadi tular di media sosial selepas dikongsi hampir 1,000 orang.

Menurut laman sosial HarimauMalaya, seorang guru dari SK Logongon dari sebuah daerah yang kurang popular di Sabah iaitu Nabawan, mengirim gambar pemandangan luar biasa itu yang diambil menggunakan kamera dron Mavic Pro.

“Ini merupakan gambar gelanggang futsal sekolah tersebut di mana terdapat pokok-pokok menjalar di tepi pagar dan dikeliling rumput yang menghijau.

Menurut guru tersebut, ia sengaja dibiarkan macam itu untuk mengelakkan cahaya matahari dan mendapatkan udara segar.

“Berada di sini seolah-olah kita berada dalam dunia fantasi dikelilingi pokok yang cantik dan tumbuhan yang menghijau macam filem Magika,” petik status yang dimuatnaik bersama gambar itu.

Tambanya lagi, beliau melalui jalan balak selama 2 jam menggunakan kenderaan 4×4 selain mengharungi sungai selama 1 jam untuk sampai ke sana.

Manakala dari sekolah untuk ke padang futsal itu pula, orang kampung atau murid-murid perlu berjalan kaki melalui jalan berbukit selama 15 minit.

Gambar itu dimuatnaik 16 jam lalu dan sudah dikongsi lebih 800 kali, tidak termasuk perkongsian selain laman sosial HarimauMalaya.

Tengok sekali gambar foto itu, kita pun pasti teringin melawat sendiri, apatah lagi kehijauan pokok dan tumbuhan di sekitarnya sama seperti yang terdapat dalam filem fantasi.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.