
GOMBAK: Bekas menteri besar Azmin Ali menegaskan beliau tidak pernah meninggalkan DUN Hulu Kelang seperti didakwa musuh politik, sebaliknya mendakwa perbuatan melompat kawasan gemar dilakukan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi itu berkata beliau konsisten kekal bertanding di kawasan kelahirannya sejak 1999, berbanding Anwar yang lari daripada Permatang Pauh, kemudian ke Port Dickson dan Tambun pada PRU lepas.
“Hulu Kelang merupakan political base saya, saya diberi mandat dalam politik ini seawal 1999 di Hulu Kelang dan ketika saya dipilih menjadi Ahli Parlimen Gombak, Hulu Kelang adalah dalam Parlimen Gombak, jadi tak timbul soal lari seperti didakwa musuh politik saya.