Anwar pertahan jawatan presiden PKR

Anwar pertahan jawatan presiden PKR

Setakat ini tiada pihak yang mengumumkan akan mencabar Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR.

Anwar Ibrahim memenangi jawatan presiden PKR tanpa bertanding pada 2018 selepas dibebaskan dari penjara.
PETALING JAYA:
Presiden PKR Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatannya untuk penggal 2022-2025.

Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat Anwar dalam kenyataan ringkas di Facebook.

“Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada 12.14 tengah hari,” kata kenyataan itu.

Tonton video di sini.

Anwar memenangi jawatan presiden PKR tanpa bertanding pada 2018 selepas dibebaskan dari penjara.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada isterinya yang juga bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setakat ini tidak ada pihak yang mengumumkan akan mencabarnya.

Kerusi tumpuan setakat ini adalah jawatan nombor dua yang akan ditandingi Naib Presiden Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution.

Pemilihan PKR akan diadakan dari 13 hingga 18 Mei.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.