
“Kejadian berlaku pada 18 April lebih kurang 4.30 petang semasa seorang lelaki Cina sedang memandu bersama sepupunya di Taman Sentosa, Klang dan tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh kereta Honda Civic yang dinaiki empat lelaki Melayu.
“Suspek bertindak memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dari kenderaan dan memukul mangsa dengan menggunakan kayu serta merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa,” kata Shamsul Amar Ramli, Ketua Polis Daerah Klang Selatan dalam kenyataan.
Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 349/427 Kanun Keseksaan.
Video berdurasi 0.24 saat itu menunjukkan empat lelaki secara agresif menyerang kenderaan mangsa menggunakan beberapa senjata, antaranya pemberat besi dan kayu.