
“Berikutan pengesahan Azam bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Nazlan, soalan perlu diajukan, mengapa SPRM gagal membuka kertas siasatan serta-merta ke atas Azam kerana melanggar undang-undang dalam pembelian berjuta-juta saham bernilai jutaan ringgit?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Ini susulan dakwaan Nazlan sedang disiasat kerana mempunyai RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.
Nazlan membuat laporan polis berhubung tuduhan itu sambil berkata, ia adalah “palsu, tidak berasas dan berniat jahat” serta bertujuan menjatuhkan kredibilitinya sebagai hakim Mahkamah Rayuan.
Semalam, Azam mengesahkan SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu selepas menerima “beberapa laporan” dan bukan disebabkan dakwaan yang dibuat dalam portal atau media sosial.