
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi FMT.
Terdahulu, menerusi jemputan kepada media SPRM tidak menamakan identiti sebenar bekas menteri besar itu.
“Dengan ini adalah dimaklumkan, SPRM telah mendapat izin mendakwa terhadap seorang bekas menteri besar,” kata kenyataan itu.
Bekas menteri besar itu dijangka dituduh pada 8.30 pagi.
Sumber memaklumkan, Azlan dijangka berdepan lima pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM1 juta, antara 2013 hingga 2017.
Azlan adalah bekas ketua Umno Perlis.
Sebelum itu Utusan Malaysia yang memetik sumber melaporkan, bekas Adun Bintong tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM iaitu kesalahan memberi atau menerima rasuah.
Pada pemilihan Umno baru-baru ini, Azlan gagal mempertahankan jawatan ketua Umno Kangar.