3 termasuk wanita ditahan berkait rogol, dera budak 7 tahun

3 termasuk wanita ditahan berkait rogol, dera budak 7 tahun

Semua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau direman hingga 23 April bagi membantu siasatan.

Polis berkata hasil pemeriksaan dipercayai mangsa dirogol dan didera serta terdapat kesan kecederaan lama dan baharu.Semua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau direman hingga 23 April bagi membantu siasatan.
IPOH:
Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita semalam kerana dipercayai terlibat kes merogol dan dera seorang kanak-kanak perempuan di Manjung.

Pemangku Ketua Polis Manjung, Chong Boo Kim, berkata seorang lelaki membawa kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu ke sebuah balai polis di Manjung pada 11.50 pagi semalam, selepas menjumpai kanak-kanak itu di tepi jalan dalam keadaan tidak terurus dan kusut.

“Polis menghantar mangsa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan dipercayai mangsa telah dirogol dan didera serta terdapat kesan kecederaan lama dan baharu.

“Sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Manjung menahan semua suspek berusia lingkungan 26 hingga 40 tahun itu di pekarangan sebuah balai polis pada 9.30 malam,” katanya.

Choong berkata, semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau direman hingga 23 April bagi membantu siasatan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.