Bersih sokong pendirian SPRM ‘tak siasat kalau bocor kepada media’

Bersih sokong pendirian SPRM ‘tak siasat kalau bocor kepada media’

Bersih 2.0 juga perlu jaminan SPRM bahawa sebarang maklumat yang diserahkan akan disiasat.

Bersih 2.0 berkata jika maklumat yang diperoleh sensitif dan penting, pemberi maklumat perlu memberikannya kepada pihak berkuasa untuk siasatan.
PETALING JAYA:
Pemantau pilihan raya Bersih 2.0 menyambut baik kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya supaya pemberi maklumat tidak membocorkan maklumat kepada orang ramai.

Pengerusinya, Thomas Fann berkata jika maklumat yang diperoleh sensitif dan penting, pemberi maklumat itu perlu memberikannya kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

“Memang ada logiknya. Tetapi kita juga perlu jaminan daripada SPRM bahawa sebarang maklumat yang diserahkan akan disiasat.

“Kita tidak mahu macam zaman dulu di mana pelapor (pemberi maklumat) jadi mangsa dan disiasat SPRM atau polis,” katanya.

Semalam Latheefa berkata pemberi maklumat yang membocorkan maklumat kepada orang ramai termasuk media tidak akan membantu siasatan.

Latheefa berkata, SPRM berdepan beberapa masalah dengan pengadu tertentu yang mahu dilindungi di bawah program perlindungan pemberi maklumat SPRM tapi mendedahkan maklumat kepada orang ramai.

Katanya, membocorkan maklumat sama yang diberikan kepada SPRM kepada orang ramai meski siasatan belum dimulakan adalah suatu bentuk “sabotaj”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.