Guru besar direman berkait tuntutan palsu

Guru besar direman berkait tuntutan palsu

Lelaki itu memperakukan pembayaran bagi program MSN, majlis perpisahan selain majlis hari jadi yang tidak dilaksanakan di sekolahnya.

Suspek ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Seremban, kira-kira 1.30 tengah hari semalam selepas hadir memberi keterangan.
PETALING JAYA:
Seorang guru besar direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan membabitkan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM1,568, dua tahun lalu.

Pada penghujung tahun 2019 suspek dikatakan memperakukan pembayaran bagi program Majlis Sukan Negara (MSN), majlis perpisahan dan majlis hari jadi di sekolah tempatnya bertugas, namun dipercayai majlis berkenaan tidak dilaksanakan.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 57 tahun yang bertugas di sebuah sekolah di Port Dickson, dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Syed Farid Syed Ali.

Permohonan reman dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Khairi Abdul Karim, manakala suspek diwakili peguam, T Sailaja.

Suspek ditahan di pejabat SPRM Negeri Sembilan, Seremban, kira-kira 1.30 tengah hari semalam selepas hadir memberi keterangan, menurut laporan Berita Harian.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, mengesahkan penahanan suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.