Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad berkata, AMANAH sudah dapat menjangkakan keputusan itu.
“Saya tidak terkejut dengan keputusan yang diumumkan Peguam Negara. Hal ini kerana sehingga kini tidak ada suatu indikator dari awal yang mana isu ini akan dilihat secara serius,” katanya sewaktu ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menyatakan sistem kehakiman di Malaysia juga harus bersikap lebih bebas dalam melaksanakan keputusan-keputusan penting.
“Itu menunjukkan bahawa kita seharusnya mempunyai suatu sistem kehakiman dan Jabatan Peguam Negara juga harus bersifat bebas
“Ia sekali gus mengurangkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang mematuhi undang-undang,” katanya lagi.
Hari ini, Jabatan Peguam Negara mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan Datuk Seri Najib Razak, berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Apandi, pada sidang media hari ini, berkata beliau berpuas hati dengan siasatan itu dan mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan terbabit ditutup.
