
“Akhirnya pembangkang mengakui yang mencintai kaum sendiri bukan perkauman,” kata Awang yang juga pensyarah Universiti Malaya.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Khalid, ahli Parlimen Shah Alam mempertahankan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang keahliannya terdiri daripada Melayu dan Bumiputera.
Bercakap kepada FMT, beliau berkata kenyataan Khalid itu menunjukkan ada ahli pembangkang menyedari adalah hipokrit untuk mengatakan seseorang itu tidak menyayangi bangsanya sendiri.
“Apa yang penting kita menerima orang lain secara terbuka,” katanya.
Semalam, Khalid dalam kenyataannya berkata beliau menganggap Bersatu bukan bersifat perkauman walaupun hanya membenarkan ahli Bumiputera menganggotainya.
“Perkauman ditakrifkan sebagai perasaan anti sesuatu kaum, mencintai kaum sendiri bukan perkauman,” katanya.
Bagaimanapun, Khalid menggesa Bersatu untuk bekerja bagi mengubah minda Bumiputera supaya mereka akan menolak politik perkauman.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed turut mengulas kenyataan Khalid.
Ibrahim berkata beliau bersyukur mendengar kenyataan itu menunjukkan beliau tidak bersetuju dengan mereka yang menggelar Perkasa dan dirinya bersifat perkauman.
Nur Jazlan pula berkata Khalid membuktikan pembangkang hipokrit apabila ada ahlinya mengkritik keahlian Umno pada masa lalu kerana membuat kenyataan menunjukkan kecintaan mereka kepada bangsa Melayu.
Setiausaha Politik Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, Ivanpal Grewal Singh bersetuju pembangkang hipokrit.
“Walaupun saya tak setuju dengan kenyataan Khalid, tetapi saya mahu melihat apa pendirian DAP berhubung perkara ini memandangkan ahlinya sering menyerang Umno dengan membuat kenyataan serupa itu,” katanya.
Link berita :
Alhamdulillah, Amanah akui saya bukan rasis, kata Ibrahim Ali