SPAD laksana, selia aplikasi e-hailing tahun depan

SPAD laksana, selia aplikasi e-hailing tahun depan

Pindaan undang-undang mengawal selia aplikasi itu akan dimuktamadkan dan dibentangkan kepada Kabinet sebelum diluluskan Parlimen.

spad_apps_600
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengadakan rundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan untuk meminda undang-undang bagi mengawal selia aplikasi e-hailing.

Menurut kenyataan SPAD hari ini, pindaan yang dimuktamadkan itu kemudiannya akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum diluluskan Parlimen.

“Pihak suruhanjaya dinasihatkan kelulusan Kabinet oleh Parlimen dianggarkan tercapai pada suku pertama 2017. Apabila pindaan kepada undang-undang itu diluluskan Parlimen, SPAD akan melaksanakan dan mengawal selia aplikasi e-hailing,” menurut suruhanjaya berkenaan.

Aplikasi e-hailing menjadi pilihan pengguna pengangkutan awam di negara ini kerana ia lebih mudah ditempah, kadar tambang lebih murah dan penumpang dapat menganggar kadar tambang sebelum memulakan perjalanan.

Dalam melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi, SPAD menjelaskan pihaknya menjalankan langkah-langkah segera bagi inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, seperti liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model Pajak.

“Sejak 1 September lepas, sebanyak 1,600 permohonon diterima. Inisiatif ini terus mendapat sambutan baik pemandu teksi kerana ia memberikan kebebasan untuk mencapai model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi yang ingin dicapai pada masa depan,” menurut suruhanjaya itu.

Saingi Uber-Grab, SPAD perkenal skim bebas pemandu dari pajakan syarikat

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.