Adun Ijok ‘salah seorang nama’ calon MB Selangor, kata PKR

Adun Ijok ‘salah seorang nama’ calon MB Selangor, kata PKR

Presiden Dr Wan Azizah mengesahkan Dr Idris Ahmad calon menteri besar tetapi namanya antara beberapa nama yang dihantar kepada Sultan Selangor.

Free Malaysia Today
Gambar Facebook
PUTRAJAYA:
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan Adun Ijok, Dr Idris Ahmad dinamakan sebagai calon untuk pertimbangan Sultan Selangor bagi jawatan menteri besar, tetapi namanya antara beberapa nama yang diserahkan kepada istana.

“Dia salah seorang nama yang dinamakan sebagai calon,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di satu program di kediaman rasmi Sri Satria hari ini.

Semalam, Idris berkata PKR mencadangkan nama beliau seorang kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar baru. Beliau yang kini memasuki penggal kedua sebagai wakil rakyat Ijok berkata perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Sekiranya pencalonan beliau dipersetujui Sultan Sharafuddin Idris Shah, Dr Idris akan menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melepaskan jawatan untuk berkhidmat sebagai menteri hal ehwal ekonomi di Putrajaya.

Istana Selangor sebelum ini mengumumkan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baru dijadualkan pada 19 Jun di Istana Alam Shah, Klang, iaitu 4 hari selepas umat Islam menyambut Aidilfitri.

Azmin sebelum ini dilaporkan berkata, kemungkinan calon yang bakal menggantikannya bukan dalam kalangan exco.

PKR serah nama saya seorang, kata calon MB Selangor

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.