Musa Aman beri keterangan lebih 2 jam kepada SPRM

Musa Aman beri keterangan lebih 2 jam kepada SPRM

Musa dilihat menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna perak dipercayai bersama-sama dengan peguamnya.

Musa juga didakwa membuat ugutan jenayah terhadap YDP Negeri Sabah sebelum majlis angkat sumpah jawatan diadakan. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dilihat keluar dari bangunan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada jam 2.10 petang dipercayai selepas memberikan keterangan berhubung cubaan menyogok Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sejurus selepas pilihan raya umum ke-14 Mei lalu.

Beliau berada di situ selama lebih 2 jam setengah bagi memberi keterangan kepada SPRM.

Musa dilihat menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna perak dipercayai bersama-sama dengan peguamnya.

Turut mengiringi kereta tersebut, 2 buah kenderaan berwarna putih dan hitam mendahului kereta yang dinaikinya.

Pagi tadi, Musa hadir ke bangunan SPRM menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam diikuti kenderaan serupa berwarna putih milik peguamnya.

Musa didakwa membuat ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah sebelum majlis angkat sumpah jawatan diadakan 10 Mei lepas.

Selain itu beliau turut didakwa terlibat kes salah guna kuasa dan cubaan merasuah Adun Sabah.

Sebelum ini, Musa “menghilangkan” diri selama lebih kurang 4 bulan ke luar negara dikatakan bagi mendapatkan rawatan perubatan pakar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.