
Suatu masa dahulu, persembahan Makyong hanya terhad di 3 buah negeri di Malaysia ini iaitu Terengganu, Kelantan dan Perlis, namun perkembangan budaya membawa seni tersebut ke serata Malaysia termasuk luar negara.
Pada minggu lepas FMT Ohsem berpeluang menemubual seorang penggiat dan pejuang seni tradisional Makyong, Zamzuriah Zahari di Festival Seni Hidup yang diadakan di Matic Kuala Lumpur.
Di bawah dikongsi 5 perkara menarik mengenai tarian Makyong anda kena tahu:
Pengiktirafan UNESCO
Makyong telah diktiraf sebagai Karya Agung Warisan Lisan dan Tidak Ketara Kemanusiaan(A Masterpiece of Oral and raja dan dewa oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2005.
Kepercayaan syirik
Pada zaman dahulu, orang ramai percaya tarian Makyong sebagai syirik dan melalaikan.
Namun kini, tarian Makyong adalah sekadar hiburan dan penari tidak lagi mengamalkan ajaran syirik itu lagi, kata Zamzuriah.
Zamzuriah sendiri mengamalkan Makyong tetapi tidak mengamalkan kepercayaan dan pemujaan dalam seni tari itu.

Berasal dari negeri Cik Siti Wang Kembang
Makyong dibawa ke negeri Che Siti Wan Kembang (Kelantan) oleh suku kaum Pattani lebih 200 tahun yang lalu dan berkembang ke negeri Jelampang Padi (Kedah dan Perlis).
Tarian Makyong adalah salah satu tradisi dari negeri tersebut namun diharamkan oleh kerajaan negeri Kelantan sehingga sekarang atas sebab menghormati agama Islam.
Makyong semakin pupus
Makyong tidak pernah mati tetapi sudah dibawa keluar ke luar dari negeri Kelantan untuk dipentaskan kepada orang ramai sehingga hari ini agar ia kekal sebagai satu tradisi nenek moyang pada zaman dahulu.
Seni tersebut dipelajari oleh ramai orang di seluruh Malaysia demi menjaga tradisi nenek moyang dan selalu dipersembahkan kepada orang ramai.

Diharamkan terus di Kelantan
Makyong diharamkan di negeri Kelantan pada 1990an dan ia termasuk beberapaa seni lain seperti wayang kulit, Menora dan Main Puteri.
Menurut satu laporan FMT pada 2017, kerajaan Kelantan tetap dengan pendirian untuk mengharamkannya walaupun mendapat gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya larangan berkenaan dibatalkan.