
Ia juga mahu satu mesyuarat agung luar biasa diadakan bagi meyingikir 8 ahli lembaga jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman Devastanam dalam tempoh 7 hari.
Reform BC mendakwa 8 orang berkenaan, yang disenaraikan sebagai pemegang amanah satu plot tanah milik kuil itu, terlibat dalam urusan tanah yang meragukan.
Lapan orang tersebut adalah Pengerusi Nadaraja Retnam; anaknya, Sivakumar; Krishnamoorthy Vyapuri; Alagan @ Alake Perisamy; S Argedas @ Suppiah Haridas; Velugopal Munusamy; Raman Kalimuthu dan R Subramaniam.
Pengerusi Reform BC, Arun Doraisamy mendakwa 69 ahli jawatankuasa kuil itu, yang mewakili 23 kumpulan kecil, bersubahat dalam salah urus aset kuil, termasuk urusan tanah tersebut.
“Mereka gagal dalam tugas melindungi aset kuil Batu Caves. Selama ini memang ada isu melibatkan jawatankuasa itu. Nama baik Batu Caves tercemar dan keseluruhan pasukan itu mesti bertanggungjawab,” kata Arun kepada pemberita hari ini.
Arun berkata Reform BC akan memohon campurtangan peguam negara jika tuntutannya tidak dipenuhi. Beliau berkata setakat ini ia berjaya mengumpul 30,000 tandatangan menuntut mereka meletak jawatan.
Reform BC memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana melancarkan siasatan terhadap para pegawai kuil berhubung dakwaan mengenai urusan tanah selepas ia membuat laporan pada 26 dan 27 Julai tahun lepas.
Ia juga membuat satu lagi laporan kepada SPRM pada Januari berhubung hartanah milik seorang pegawai kuil.
Di Kuala Lumpur, akhbar Tamil Malar Daily mendakwa jawatankuasa kuil membiayai tindakan undang-undang seorang pemegang jawatan terhadap beberapa individu berjumlah RM1.5 juta.
“Dia boleh menanggung tindakan undang-undang itu kerana kuil membayar semua kos perundangan dan perbelanjaan,” dakwa SM Periasamy, pengarah urusan akhbar itu, di ibu pejabatnya hari ini.
Penasihat undang-undang Tamil Malar, K Saraswathy juga mendakwa pegawai berkenaan mendapatkan khidmat firma yang mahal untuk menyaman akhbar itu dan beberapa yang lain, di mana dokumen mahkamah menunjukkan dibiayai jawatankuasa kuil.
Saraswathy berkata akhbar itu membuat aduan sejak 2017 tanpa sebarang hasil.
Beliau berkata dana kuil itu hanya boleh digunakan untuk tujuan masyarakat, pendidikan dan pentadbiran.
Ia juga mahu satu mesyuarat agung luar biasa diadakan bagi menyingikir 8 ahli lembaga jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman Devastanam dalam tempoh 7 hari.
Difahamkan SPRM mereman 3 orang dalam siasatan ke atas dakwaan salahguna dana kuil.