Cara mudah untuk ajar anak tidur berasingan

Ibu bapa selalu tertanya-tanya, pada usia berapakah mereka perlu mengasingkan kanak-kanak untuk tidur di bilik sendiri, dan bagaimana untuk melakukannya?

Artikel di bawah memberikan anda maklumat tentang bagaimana untuk memudahkan peralihan tempat tidur untuk anda dan anak anda.

Apakah masa terbaik untuk memindahkan anak daripada bilik kelamin ibu bapa?

Sebenarnya, tiada sebarang masa spesifik untuk kanak-kanak berpindah tempat tidur ke bilik mereka sendiri.

Namun, jika anda mahukan lebih privasi, atau bercadang untuk menambah bilangan ahli keluarga, anda perlu memindahkan anak ke bilik mereka.

Walau bagaimanapun, berhati-hati jika anda ingin membuat pertukaran jika anak sedang berlatih untuk ke tandas, bayi bercerai puting, mula bersekolah atau mencapai satu tahap pencapaian lain, maka hal ini akan menjadi sedikit sukar.

Memandangkan kanak-kanak akan memberikan kerjasama yang baik jika hanya satu perubahan berlaku pada satu-satu masa, jadi pemilihan masa yang betul adalah amat penting.

Bagaimana saya perlu mulakan proses peralihan tempat tidur?

Mulakan perbualan dengan anak anda jika mereka sudah cukup besar untuk memahami tentang keperluan mereka tidur di bilik sendiri, dan sentiasa ingatkan mereka perkara tersebut.

Juga, pastikan sesi perbualan tersebut dibuat secara halus supaya anak anda tidak akan rasa terbeban.

Jika anda kerap mengingatkan anak tentang ini, mereka akan semakin menganggap bahawa keperluan untuk mereka tidur berasingan adalah penting dan mereka lebih bersedia.

Ibu bapa disarankan untuk memberikan anak sekurang-kurangnya tiga hingga lima hari masa untuk tidur berasingan sebelum mereka berpindah keluar dari bilik anda.

Tip menjadikan proses peralihan lebih mudah untuk ibu dan anak

Pilih katil yang sesuai

Bagi membantu anak anda rasa selesa dan biasa dengan katil dan tilam barunya, biarkannya untuk memilih warna selimut, cadar, bantal, atau rekaan biliknya.

Anda boleh menimbangkan untuk menyediakan tilam berkembar atau katil bayi jika anak anda berusia kurang daripada tiga tahun.

Kebanyakan ibu bapa selalu membuat peralihan tempat tidur untuk bayi mereka semasa usia tiga tahun, tetapi anda boleh bermula lebih awal jika mahu.

Bagaimanapun, umur minimum untuk peralihan tempat tidur perlulah 2 tahun setengah bagi menjadikan proses lebih mudah.

Ikuti rutin yang biasa dilakukan

Jika anda mengasingkan anak dalam bilik mereka sendiri, jangan mengabaikan mereka atau terlupa sebarang rutin waktu tidur yang sering anda lakukan bersamanya semasa tidur di bilik anda.

Ini akan membantu anak anda rasa cukup selesa untuk tidur sendiri.

Jika mereka berkeras menyuruh anda menemani mereka, ikutilah permintaan anak anda.

Ini hanya sementara sahaja, dan biasanya akan berlaku hanya beberapa hari sahaja.

Buat anak anda rasa selamat

Kanak-kanak selalunya mempunyai imaginasi luar kawalan.

Perkara yang paling mereka takutkan semasa tidur sendiri adalah adanya raksasa di bawah katil mereka, di luar tingkap atau dalam almari.

Berikan anak anda penyembur khas raksasa untuk menghilangkan ketakutan mereka, sekali gus membuatkan anak anda rasa selamat jika anda tiada di samping mereka.

Tip lain

Jika anak anda lebih ke arah muzik atau perlu mendengar cerita sebelum tidur, anda boleh membelikannya pita perakam ataupun, anda rakam suara anda sudah anak boleh mendengar suara anda pada bila-bila masa yang mereka mahukan.

Kebanyakan kanak-kanak akan rasa lebih selamat apabila mereka mempunyai mainan haiwan, atau anak patung untuk bermain kerana mereka percaya mainan tersebut boleh menemani dan melindungi mereka daripada raksasa.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Kumpulan Hello Health tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]