
Sultan Abdullah bersetuju mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Latheefa sebagai ketua pesuruhjaya SPRM ke-14, untuk tempoh kontrak 2 tahun, mulai 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2021.
Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap ketua pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di depan Agong.
Latheefa, 46, menggantikan Mohd Shukri Abdull yang memohon memendekkan kontrak beliau lebih awal yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.
Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of London merupakan bekas pengarah eksekutif Lawyers for Liberty dan bekas ahli jawatankuasa pusat PKR.
Turut hadir menyaksikan istiadat tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki.