
“Pegawai SPRM dan saya berhubung selama beberapa minggu dan kami akan berjumpa tidak lama lagi berhubung dakwaan amalan rasuah,” katanya kepada FMT.
Yii menggesa agensi anti-rasuah itu meneliti semua 15 fail siasatan terhadap Taib serta dakwaan baru melibatkan yang di-pertua negeri itu.
Beliau berkata kes Taib ditutup Jabatan Peguam Negara pada 2013, sambil menambah SPRM kemudiannya menyiasat butiran mengenai tuduhan tersebut.
Beliau berkata banyak kumpulan membuat laporan kepada polis dan SPRM terhadap Taib.
“SPRM juga perlu memanggil NGO dan pihak lain yang mempunyai bukti berhubung tuduhan itu,” katanya.
Taib berkhidmat sebagai ketua menteri Sarawak dari 1981 hingga 2014. Laporan Sarawak Report dan Tabung Bruno Manser (BMF) yang berpangkalan di Switzerland menuduh beliau mengumpulkan kekayaan melalui beratus-ratus syarikat serta menyalahgunakan kuasa dalam penyerahan konsesi balak.
Bulan lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya mengisyaratkan Taib sedang disiasat.
Pada 3 Julai tahun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Mohd Shukri Abdull berkata 15 fail siasatan terhadap Taib telah dibuka sejak 2015.
Tetapi Shukri berkata tiada tindakan boleh diambil kecuali maklumat baru muncul.