Apabila melihat kepada kadar umur seseorang individu, secara purata kita akan hidup sehingga 75 tahun dan keatas.

Persaraan bagi rakyat Singapura adalah 62 tahun, persaraan rakyat britain pula 67 tahun, namun isunya bukanlah tentang siapa yang boleh hidup lebih lama, tetapi lebih kepada isu kewangan.
Adakah anda merancang untuk bersara pada umur 56 tahun tanpa mempunyai sebarang harta?
Bayangkan jika anda menyewa RM1,000 sehingga tempoh persaraan, RM1,000 x 12 bulan x 20 tahun (sehingga 76 tahun), bermakna anda telah membuang duit sejumlah RM240,000 hanya untuk membayar sewaan sahaja.
Adakah anda memikirkan yang anak anda akan menjaga orang tuanya nanti?
Adakah juga anda terfikir mengapa ada anak mereka yang sanggup meninggalkan mereka di rumah penjagaan orang tua?
Adakah anda juga berfikir anda akan terus bekerja nanti?
Sudah pasti anda mempunyai pilihan, anda boleh bekerja walaupun pemandu Grab atau juruwang di pasaraya tempatan.
Bayangkan anda bekerja 10 tahun lagi dan anda bersara pada 66 tahun.
Bayangkan juga anda dapat menampung semua perbelanjaan, ini bermakna anda masih memerlukan RM266, 400 apabila anda bersara pada 66 tahun nanti.
Persoalannya, adakah anda mempunyai RM133,200 pada usia 66 tahun nanti?
Bagaimana dengan makanan dan perbelanjaan yang lain? Ia hanya perkiraan yang “cukup makan” sahaja.
Bayangkan semua itu memerlukan anda berbelanja sebanyak RM100 sebulan x 12 bulan x 20 tahun, bersamaan RM24,000.
Perkiraan lain yang boleh anda bayangkan ialah RM10 untuk kos 3 kali makan sehari.
RM10x 365 hari x 20 tahun : RM73,000.
Jumlah ini mampu menjadikan keseluruhan perbelanjaan anda semakin meningkat kepada RM100,000.
Kesimpulannya, anda perlu berfikir secara rasional, hari tersebut pasti tiba, jadi anda perlu bekerja kuat untuk mendapatkan pendapatan yang lebih.
Laburkan duit anda dengan membeli hartanah kerana akhirnya anda tidak akan bimbang dimana anda akan duduk apabila anda tiada lagi pendapatan dan sudah bersara.
Jangan hanya berfikir cukup sekadar menyewa bilik sahaja daripada membeli rumah apabila anda bersara nanti.
Sasaran anda perlu memastikan mempunyai rumah sendiri, dan mungkin anda boleh menyewanya untuk mendapatkan pendapatan sampingan di hari tua.
Artikel ini diterbitkan di kopiandproperty.com
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]