Bukan setakat bunyi bising ketahui 7 tanda awal gear box rosak

Bukan setakat bunyi bising ketahui 7 tanda awal gear box rosak

Jika terdengar bunyi hentakan kuat berbunyi ‘dukk’ setiap kali gear auto bertukar ia salah satu tanda gear box akan rosak.

Boleh dikatakan semua orang memiliki kenderaan sendiri. Tidak kiralah kereta atau motosikal atau apa jua kenderaan.

Dan apabila anda sudah mampu untuk memiliki kereta sudah pasti anda harus bersedia untuk berdepan apa jua masalah yang akan timbul termasuklah kerosakan.

Namun apakah kerosakan komponen kereta yang boleh buat kita haru-biru dan sakit kepala?

Sebagai pengguna kereta mesti anda tahu bahawa antara perkara yang boleh buat kita sakit jiwa bila gearbox rosak!

Kalau rosak memang anda kena sediakanlah wang yang agak banyak juga untuk baiki.

Untuk elakkan perkara seperti ini berlaku anda sebenarnya kena sentiasa servis kereta ikut pada masanya.

Dan pastikan kondisi kenderaan terutamanya di bahagian dalaman enjin sentiasa diberikan perhatian.

Jadi bagaimanakah untuk kita kesan dari awal sekiranya gearbox mula rosak?

Bagi pengguna kereta, ini merupakan antara tanda-tanda yang boleh anda perhatikan.

1. Berdepan keseukaran untuk “masuk” gear, ini terutamanya berlaku kepada kereta manual.

2. Untuk kereta auto, pada awal transmisi berlaku sentakan kuat. Sebagai contoh bila dari N ditukar kepada D. Atau dari P ke D.

3. Berlakunya “freeplay” iaitu ruang pertukaran gear yang agak lama sama ada dari gear 1 ke gear 2, gear 2 ke gear 3 dan juga gear 3 ke gear 4.

4. Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.

5. Bacaan RPM naik jadi jadi tinggi dan tak kembali kepada asal selepas gear auto bertukar.

6. Terdapat bunyi hentakan kuat berbunyi “dukk” setiap kali gear auto bertukar.

7. Keadaan gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Jika anda dapati perkara di atas berlaku itu bermakna gearbox anda menunjukkan tanda-tanda awal berlakunya kerosakan.

Jangan biarkan ia berlarutan kerana dikhuatiri akan jadi lebih teruk.

Bagaimana anda boleh elak tanda-tanda di atas berlaku kepada gearbox kereta? Anda boleh ikuti tip sevis di bawah seperti yang disediakan maskulin.

Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter.

1. Tukar minyak auto

2. Tukar mounting gearbox

3. Tukar pin pada panel gear

4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Bagi anda yang menggunakan kereta manual bila anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.