PAS, BN ke Istana Negara petang ini dakwa cukup majoriti

PAS, BN ke Istana Negara petang ini dakwa cukup majoriti

PAS dan Umno menunggu arahan lanjut daripada Zahid Hamidi dan Hadi Awang.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mendakwa parti Islam itu dan Barisan Nasional mempunyai majoriti mencukupi untuk ditunjukkan kepada Agong petang ini.

Beliau mengumumkan perkara itu kepada pemberita di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

“Kita ada jumlah yang cukup iaitu 129 (ahli Dewan Rakyat). Petang ini kami akan menghadap Agong di Istana Negara,” katanya.

Ketika ini Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga sedang berada di Istana Negara.

Ditanya adakah mereka akan bertemu Agong bersama Mahathir, Takiyuddin sekadar menjawab: “Ya”.

FMT difahamkan beberapa pemimpin PAS dan Umno berkumpul di Menara Dato Onn, menunggu arahan lanjut daripada Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi Awang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.