Jangan tinggalkan ‘hand sanitizer’ dalam kereta

‘Hand sanitizer’ kebanyakannya berasaskan alkohol dan tidak disarankan letak dalam kereta kerana berpotensi untuk terbakar jika terdedah kepada suhu tinggi.

Cecair pembasmi kuman atau “hand sanitizer” yang kebanyakannya berasaskan alkohol tidak boleh disimpan di dalam kereta kerana berpotensi untuk terbakar jika terdedah kepada suhu tinggi.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N Ganabaskaran, berkata cecair itu perlu disimpan jauh daripada tempat yang terdedah kepada cuaca panas atau punca api seperti rokok dan sebagainya, supaya tidak mengundang bahaya.

“Bahan itu berasaskan alkohol dan ia berpotensi tinggi untuk terbakar. Atas sebab itu, jangan tinggalkan di dalam kereta dan pastikan ia disimpan jauh dari suhu tinggi dan api.”

Cecair pembasmi kuman kini menjadi sangat popular dan hampir kekurangan bekalannya di pasaran berikutan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

Kebanyakan farmasi sama ada mengalami kekurangan atau kehabisan stok akibat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]