Gara-gara keluarkan kenyataan tak sensitif, bekas Miss Universe Malaysia dikecam teruk

Bekas Miss Universe Malaysia 2017 dikecam teruk oleh netizen gara-gara statement yang tidak sensitif tentang isu #BlackLivesMatter. (Gambar Instagram)

Masihkah anda ingat dengan gaun kebangsaan Miss Universe pada tahun 2017 yang tular pada ketika itu disebabkan busana tersebut bertemakan makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak.

Samantha Katie James iaitu Miss Universe Malaysia yang mewakili negara dan menggayakan kostum tersebut kali ini dikecam teruk oleh netizen gara-gara statement yang tidak sensitif tentang isu #BlackLivesMatter.

Samantha mengeluarkan kenyataan yang mengatakan orang African American perlu bersabar dengan kejadian pembunuhan George Floyd sebab katanya mereka sendiri yang pilih untuk dilahirkan berkulit hitam.

Ia jelas menunjukkan dia tidak peka dan sensitif dengan kenyataan tersebut.

Ini kerana sebagai manusia biasa tiada siapa diberi pilihan untuk dilahirkan sebagai orang kulit putih atau hitam.

Menurut wanita yang berusia 26 tahun ini, dirinya juga pernah dihina hanya sebab dia mempunyai darah kacukan ketika bersekolah di Malaysia.

Lebih teruk tergamam dia mengeluarkan kenyataan, dia sendiri membuat pilihan untuk lahir berkulit putih di Malaysia.

Rata-rata netizen menghentam teruk model ini dan menyifatkan bekas ratu cantik ini tiada sifat perikemanusiaan.

Ramai juga yang menggesa agar gelaran wanita ini sebagai Miss Universe Malaysia 2017 ditarik balik.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]