Wartawan veteran Pak Shukur meninggal dunia di usia 81

Wartawan veteran Pak Shukur meninggal dunia di usia 81

Pernah berkhidmat untuk Utusan Melayu, Berita Harian, dan Harakah, serta menulis untuk media rasmi Amanah dan The Malaysian Insider.

Abdul Shukur Harun. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Wartawan veteran dan penulis Abdul Shukur Harun meninggal dunia di usia 81 tahun awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan ahli keluarga beliau. Jenazah akan dikebumikan di Shah Alam selepas Zohor hari ini.

“Jenazah ayah saya akan dibawa ke Masjid Al Raudhah, U10, Puncak Perdana, Shah Alam pada 11 pagi. Kemudian akan dikebumi di tanah perkuburan USJ 22 pada 2.30 petang,” kata seorang ahli keluarganya dalam mesej kepada FMT.

Beliau yang lebih selesa disapa Pak Shukur pernah berkhidmat untuk Utusan Melayu, Berita Harian, dan Harakah, serta menulis untuk media rasmi Amanah dan The Malaysian Insider.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.