Covid-19 dikesan di Wisma Pertanian, halang Jeffrey mula tugas rasmi

Covid-19 dikesan di Wisma Pertanian, halang Jeffrey mula tugas rasmi

Menteri Pertanian dan Perikanan yang baru dilantik itu dijadual memulakan tugas rasmi di pejabatnya pada 10 pagi tadi.

Satu kes Covid-19 disyaki dikesan di Wisma Pertanian, yang menempatkan Kementerian Pertanian dan Perikanan bawah menteri barunya, Jeffrey Kitingan.
KOTA KINABALU:
Menteri Pertanian dan Perikanan yang baru dilantik, Jeffrey Kitingan tidak dapat memulakan tugas pada hari pertamanya selepas kes Covid-19 disyaki dikesan di bangunan kementerian itu.

Jeffrey, yang juga timbalan ketua menteri Sabah, dijadual tiba di Wisma Pertanian pada 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, pemberita diberitahu oleh pegawainya yang presiden STAR itu perlu menangguhkan hari pertama bertugas susulan kes Covid-19 yang disyaki dikesan di bangunan itu, semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.